lebih 300 masih terperangkap di myanmar 2023.12.18 ☑press ☑malaysia,马来西亚kuala lumpur: lebih 300 rakyat malaysia yang masih terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia dipercayai menunggu masa untuk dipindahkan dari myanmar ke pusat sindiket baharu di pinggir tonpheung, di kawasan segi tiga emas, dekat laos.ini berikutan keadaan di myanmar yang terus bergolak sehingga memaksa sindiket terbabit menutup pusat operasi di negara itu dan beralih ke lokasi baharu yang dianggap lebih selamat.perkara itu didedahkan aktivis pertubuhan kemanusiaan masyarakat antarabangsa malaysia (mho), azirul syafiq sazali yang terbabit dalam pelbagai misi menyelamat mangsa pemerdagangan orang di beberapa kawasan di myanmar dan laos, baru-九游会j9备用网址

lebih 300 masih terperangkap di myanmar
disember 18, 2023 @ 12:59pm

kuala lumpur: lebih 300 rakyat malaysia yang masih terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia dipercayai menunggu masa untuk dipindahkan dari myanmar ke pusat sindiket baharu di pinggir tonpheung, di kawasan segi tiga emas, dekat laos.

ini berikutan keadaan di myanmar yang terus bergolak sehingga memaksa sindiket terbabit menutup pusat operasi di negara itu dan beralih ke lokasi baharu yang dianggap lebih selamat.

perkara itu didedahkan aktivis pertubuhan kemanusiaan masyarakat antarabangsa malaysia (mho), azirul syafiq sazali yang terbabit dalam pelbagai misi menyelamat mangsa pemerdagangan orang di beberapa kawasan di myanmar dan laos, baru-baru ini.

azirul (depan) bersama sekumpulan rakyat malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dibawa pulang ke tanah air melalui bangkok bulan lalu.

katanya, setakat ini lebih 100 mangsa pemerdagangan manusia dari laukkaing, myanmar telah dibebaskan sindiket atas faktor peperangan sebelum dibawa pulang ke tanah air.

“yang bakal berpindah (ke laos) ialah pusat sindiket di tachileik dan myawaddy, juga di myanmar. jangkaan saya lebih 300 orang masih berada di kawasan terbabit,” katanya kepada bh.

azirul syafik berkata, perang di antara kumpulan etnik bersenjata dengan kerajaan myanmar menyebabkan kebanyakan pusat sindiket ‘scammer’ ditutup dan ramai anggota kumpulan ditahan serta diserahkan kepada pihak berkuasa.

“kerana itu semua sindiket mula berpindah dari laukkaing ke kawasan pinggir tonpheung yang kini menjadi tumpuan sindiket pemerdagangan yang lain. kita percaya anggota sindiket memilih lokasi ini kerana ia dibangunkan oleh pelabur dari china dan kini dipenuhi penduduk dan ahli perniagaan negara berkenaan.

“amat susah nak tengok orang tempatan berniaga di sana, tak kira apa jenis perniagaan. dulu kawasan itu hanya hutan dan sekarang sudah membangun seperti sebuah bandar sehinggalah bertapak sindiket pemerdagangan manusia,” katanya.

difahamkan, kumpulan sindiket sebenarnya sudah bertapak di tonpheung lima tahun lalu sebelum mereka meluaskan operasi sehingga ke myanmar.

memperinci operasi menyelamat mangsa susulan perpindahan pusat operasi sindiket ke laos, azirul syafik berkata, ia boleh dijalankan dengan lebih mudah memandangkan kawasan terbabit boleh dimasuki pada bila-bila masa.

“saya jangka lebih mudah usaha menyelamat dijalankan kerana kita boleh masuk tanpa sebarang sekatan, tidak seperti di myanmar yang banyak kawasan ditutup akibat konflik.

“tak ada masalah untuk masuk ke seluruh pelosok laos. kita jangka apabila mereka pindah nanti, kerja (menyelamat) terutama untuk bawa keluar mangsa ke tempat lain lebih senang,” katanya.

hantar wakil berunding

menceritakan pengalaman terbabit dalam operasi menyelamat mangsa, beliau berkata, kebiasaannya mangsa akan memberikan lokasi mereka ditempatkan bagi memudahkan mho menjejaki mereka.

“kita akan hantar wakil untuk bawa mangsa keluar dengan cara berunding. jika tidak berjaya cara perundingan, kami terpaksa buat secara paksa dengan menghantar beberapa individu.

“biasanya mereka yang berpengaruh di myanmar, antaranya daripada anggota kumpulan etnik di sana untuk terus masuk ke pusat sindiket dan bawa keluar mangsa.

“sebenarnya mereka ini agak ‘takut’ dengan mana-mana kumpulan yang datang untuk menyelamat kerana satu daripadanya, mereka ini ada perjanjian dengan kerajaan myanmar supaya tidak membunuh atau menembak mana-mana rakyat negara lain yang ingin membawa keluar mangsa yang terperangkap.

“pusat sindiket pula biasanya akan melepaskan mangsa sebagaimana kita tuntut,” katanya yang mengakui kegiatan pemerdagangan orang semakin meningkat disebabkan rakyat malaysia sendiri menjadi ‘dalang’, termasuk memegang jawatan besar dalam sindiket terbabit, seperti berkhidmat sebagai pengurus operasi.

beliau juga mendedahkankan, kumpulan sindiket dikesan bertindak lebih ganas, antaranya memukul mangsa dengan teruk.

“mangsa yang kami selamatkan pada 7 disember lalu adalah paling teruk dipukul. daripada 11 orang yang diselamatkan, sembilan daripadanya didera dan dipukul.

beliau turut berkata, walaupun thailand diketahui bukan pusat sindiket pemerdagangan orang di asia tenggara, namun ‘scammer’ memanipulasi negara itu untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

bh sebelum ini mendedahkan kemboja, myanmar, laos, filipina dan emiriah arab bersatu (uae), dikesan menjadi destinasi sasaran sindiket penipuan tawaran kerja dan pemerdagangan manusia membawa rakyat malaysia mangsa penipuan mereka.

difahamkan, daripada lima negara berkenaan, mangsa dari malaysia dipercayai paling ramai terperangkap di myanmar dan kemboja.


more than 300 malaysian human-trafficking victims still trapped in myanmar
december 18, 2023 @ 4:26pm

kuala lumpur: more than 300 malaysians are still trapped in myanmar after becoming human-trafficking victims of syndicates.

these malaysians are waiting to be transferred from myanmar to the syndicates’ new base of operations at the outskirts of tonpheung near laos within the golden triangle.

the rocky political climate in myanmar has forced the syndicate to shift their base of operations to somewhere deemed more stable.

this was confirmed by malaysia international humanitarian organisation (mho) activist, azirul syafiq sazali, who was involved in numerous rescue missions involving human-trafficking victims in myanmar and laos.

he said for now, more than 100 such victims from laukkaing, myanmar have been released by the syndicate due to the conflict in the country, and brought back home.

“the ones which are set to move (to laos) are the syndicates in tachileik and myawaddy, also in myanmar. i estimate that there are more than 300 people still there,” he told berita harian.

azirul syafik said armed clashes between ethnic groups and the myanmar government have led to the closure of numerous ‘scammer’ centres and the arrest of syndicate members.

“as such, these syndicates have begun moving from laukkaing to the outskirts of tonpheung. we believe they chose this area as it was developed by chinese investors and is now populated by businessmen from china.

“it’s rare to see locals doing business there, any business. in the past, it was just a forested area. it has now become a city and now, these syndicates are making it their base,” he said.

it is understood that these syndicates had initially set up base in tonpheung five years ago before expanding their operations to myanmar.

on possible rescue operations following the syndicates’ shift to laos, azirul syafik said such operations are now easier as the area is easily accessible.

“i feel that it’s easier to mount rescue operations now as there are no obstructions towards entering the area, unlike in myanmar, where many areas have been closed off due to conflicts.

“there’s no issue with entering laos. we predict that once they move their operations there, our (rescue) work, especially on bringing the victims elsewhere, will be easier,” he said.

malaysia international humanitarian organisation (mho) activist, azirul syafiq sazali, who was involved in numerous rescue missions involving human-trafficking victims in myanmar and laos.

sending representatives to negotiate

relating his experience in participating in rescue missions, he said the victims would usually send out their locations to enable mho to track them down.

“we would send representatives to negotiate a possible release of the victims. if negotiations fail, we would then have to adopt a tougher approach by sending more people.

“this would usually involve some influential people in myanmar, namely members of some ethnic groups, to go directly into the syndicates’ centre and take out the victims.

“these syndicate members are actually afraid of anyone coming in to rescue, as there is an agreement with the myanmar government on not killing any foreigners who come to rescue trapped victims.

“these syndicates would usually free the victims, as demanded,” he said.

he acknowledged that cases of human-trafficking are on the rise partly because some malaysians themselves are playing key roles in the syndicate operations, such as operations managers.

he said worryingly, some syndicates have also grown more violent and have taken to severely beating up their victims.

“one person we rescued on dec 7 was among the worst to be assaulted. out of 11 people rescued, nine were tortured and beaten.

he said although thailand isn’t regarded as a human-trafficking hub in southeast asia, scammers have nevertheless made their presence felt.

berita harian had previously reported how cambodia, myanmar, laos, the philippines and the united arab emirates (uae) are fast becoming centres of job scam syndicates.

it is understood that out of the five states, victims from malaysia make up the majority of those trapped in myanmar and cambodia.


逾300大马猪仔滞留缅甸 即将被转移至寮国新诈骗园区
2023年12月18日

(吉隆坡18日讯) 超过300名大马猪仔滞留缅甸,即将被转移至寮国新诈骗园区,目前正等待援助!

马来西亚国际人道主义组织(mho)代表人员阿兹鲁沙菲克接受《每日新闻》专访时表示,估计还有超过300名大马猪仔即将被人口贩卖集团从缅甸转移至寮国新园区工作。

他说,由于缅甸局势持续动荡,迫使不法集团关闭他们在缅甸的大本营,转移到被认为更安全的新地点。

“截至目前已有100多名来自缅甸老坎的人口贩卖受害者,因缅甸内战而获得释放被带回大马。”

阿兹鲁沙菲克指出,该组织预计还有超过300名滞留在大其力和妙瓦底的大马猪仔,即将被带往寮国新园区。

他说,民间武装组织与缅甸政府之间的战争导致多个不法集团大本营被关闭,许多诈骗集团成员被逮捕并移交给当局调查。

“所有犯罪集团开始从缅甸老街转移到敦兴郊区,这里现在是其他贩运犯罪集团的据点,且该组织查访发现这些据点是由中国投资者开发的,目前住着大批中国商人。”

此外,阿兹鲁沙菲克透露,该地区曾经只是一片森林,现在已经发展得像一座城市,让不法集团有新据点;由于民众可以随时进入该区,因此救援猪仔行动相信可以更容易地进行。

“我们可以出入寮国各个地方,在转移猪仔工作方面将会更得心应手。”

另一方面,阿兹鲁沙菲克在讲述救援行动的经历时表示,一般受害者都会向组织提供自己的位置,以便相关人员更容易追踪他们。

“我们会派一名代表通过谈判方式将受害者带出来,如果谈判方式不成功,我们就只能派一些有影响力的人强行带走受害者。”

他说,人口贩运活动正在增加,因为有大马人在集团中担任要职如运营经理,策划将大马人骗出国打工,且如今诈骗集团的行为更加暴力,包括殴打受害者。

“我们今年12月7日救出的受害者是被殴打最严重的,获救的11人中有9人遭到虐待和殴打。”

他还表示,虽然泰国不被认为是东南亚人口贩卖集团的中心,惟不法集团却设局利用该国吸引更多外国人当猪仔。


评论

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注

网站地图